Sahabat

Sahabat,
Walau kita jauh beribu batu,
Walau kita berbeza haluan,
Walau kita berbeza pendapat,
Tapi, kita saling melengkapi.

Sahabat,
Walau kita jauh beribu batu,
Tapi, kita sentiasa dekat,
kita sentiasa kongsi pendapat,
Kita sentisa berkongsi rahsia,
Kita sentiasa berkongsi cerita.

Sahabat,
Walau kita berbeza haluan,
matlamat kita sama,
Membahagiakan orang tua kita.

Sahabat,
Walau kita berbeza pendapat,
Walau kita berbeza idea,
Namun, akhirnya kita mendapat sepakat,
Kerana perbezaan itu membuahkan hasil yang enak..

Sahabat..
Tahukah kalian,
Aku berasa sungguh bertuah,
Aku berasa sungguh beruntung,
Aku berasa sungguh bahagia,
Selagi kalian masih bersama aku,

Comments